Inilah pizza sebenar,,,

 

Assalamualaikum,, okies, entry kali ni, saya nak share homemade pizza.

Bahan-bahan;

 UNTUK DOH :

3 cawan tepung gandum

1 ketul yis basah ( yang betuknya segiempat sama tu)

1 cawan air kosONG (suam skit)

4 sudu besar minyak masak ( kalau nak guna minyak zaiton, atau jagung pun boleh)

sedikit, susu tepung, garam, gula

 UNTUK TOPPING:

- cHEESE, ikut suka, mozarella ke, chedar ke,, atau yang slice cheesedale tu pun boleh

- nanas, masuk la, sayuran apa lagi yang ada kat rumah tu :)

- kalau suka topping yang ala-ala hawaian tu,letak la udang ke, seafood apa la, then kalau nak letak meatball pun boleh.

* sebenarnya, bab topping nih boleh variasi, haritu kat tv ada letak kaki ayam,, haahaha ikut suka k.

- jgn lupa sos cili, moyonise ke, ataupun sos seribu pulau, ( thousand island)

 Cara nak buat:

1. kena sediakan doh, masukan tepung dalam mangkuk. Kemudian, dalam cawan yang lain, masukkan air, yis dan sedikit gula, kacau sampai tak berketul yis tadi (KALAU boleh guna air suam skit)

2. gaulkan tepung dengan sedikit garam, dan susu tepung. Then, bolehlah masukkan air yis tadi. kacau sebati, sambil tu tuang minyak masak, dan gaul sampai jadi doh. senang kan.

 3. dah siap kena rehatkan doh, supaya doh mengembang. kalau boleh tutup mangkuk nie, dan letak kat tempat gelap skit,, jangan simpan tempat yang susah nak cari dah le,, hehehe :)

nie, gambar doh selepas, 30 minit

 

4. pastu, bila doh  dah mengembang bolehlah dicanai dan letak atas pinggan , cam ni

 1 DSC07493

DSC07494 DSC07495

 5. Sebenarnya, bila dah canai dan letak atas pinggan, kena tunggu kejap sementara tunggu doh naik, then bolehlah di hias dengan topping,,,

DSC07501 DSC07496

DSC07506 DSC07498

 6. selepas  selesai semua lapisan toping,, hemm apa lagi, masukkan dalam microwave, dalam 10 minit,,

pastu boleh ngapp,, baca bismillah dulu,,

happy pizzza :)

selamat mencuba …..

 

 

 

Mutiara kata

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.