tips perkahwinan,,,
01 Mei 2011 Tinggalkan Komen
By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
1. KETIKA MENCARI CALON 2. KETIKA MELAMAR 3. KETIKA AKAD NIKAH 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 5. KETIKA MALAM PERTAMA 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
hemm,, actually tuk peringatan semua pembaca, dan juga diri.kat skoll kalau termenung,, mesti kena usik,, aini bila nak kawen,, adusss,, lemah sungguh dengar,, then bila jumpa parents yang sebaya umur ngan aku,, dan anak dia dah darjah 2,, masyaallah,, hanya tuhan hati ini… mahu tersenyum,, dan terfikir,,,=) moga allah mudahkan jalan..AMEEN..






Komen