bila hidup tak bertuhan..

awan berarak ceria,,,,senyum, di langit,,tiada tanda titis gerimis,,, namun,, tap, tap,, mengalir keringat di dahi turun membasahi pipi nan senja,,, hemm agak-agak aku pak cik ni sebaya mak aku,,, teringat kat mak,,,, ( ^ _^)

nak,,,,pak cik membahaskan diri aku dengan bahasa yang sangat baik ,,, ” kalau nak gi mana-mana,, naik je teksi, tahan je kat depan umah tu,, tak yah call pak cik”,, bukan apa, pak cik jauh,, bukan area sini,, jadi pak cik cas lebih ehh,,,  “nak naik je teksi tu kalau nampak muka sembahyang,, je tahan le”,,, ada nada bergurau,,  “hemm  ye la pak cik,, tapi saya dah biasa ngan pak cik,, takut la nek teksi lain,,, takut dia bawak saya lari ,, naya,,, hahahaa,, aku bergurau,,,, pak cik pun nampak baris-baris putih tersenyum,,

petang tu,, aku cal pak cik ad sebab nak ke tabung haji,, kalau naik bas,, tak tahu nak turun kat mana,, bukan familiar pun area melaka nih,, main belasah ja,, kalau nak gi mana-mana,, tawakal je la,, insyaallah tak sesat,,,

pak cik ad, menyambung perbualan,,

banyak gak yang kami bualkan,, macam-macam, pak cik ad tak lokek berkongsi pengalaman kerjanya,, yang ditipu bulat-bulat penumpang yang naik teksinya,, dan tak bayar,, mengalah dengan ragam penumpang, dan lain-lain lagi,, ” pak cik nih,, sabau je le,, ada ka patut dia janji nak bayar 3oo suh pak cik antor  gi mersing,, aleh-aleh,, habuk pun tarak,,, pak cik siap nyanyi,, pasang lagu, dalam keta,, siul sana sini,, lagi time kena tipu tu,,, ,,,,

hehehe,, tersenyum aku dengar citer pak cik nih,, sebenarnya,, sian sugguh aku tengok pak cik ak,,, gigih bekerja,,, ada nada kecewa yang menebal tapi,,,  “nak cam tu la hidup,, kita bukan sentiasa di atas mungkin hari ini,, hari dia,, kemudian hari, hari pak cik pula…kita siapa nak membalas perbuatan buruk orang kat kita,, tak gitu nak, ???

hemm,, betul pak cik,, kena banyak sabar,, kalau deals ngan manusia. aku senaya,, tak tahu nak komen lebih sebab bukan banyak pengalaman cam pak cik nih,, banyak tersenyum dan berusaha menjadi pendengar yang terbaik,,  :)

“pak cik ada berapa orang anak?” aku bertukar perbualan,, supaya nampak ceria,, sebab menurut pengamatan aku,, orang tua-tua mesti gembira bila bercerita mengenai anak-anak.. mungkin dapat mengubah nada sebak pak cik,,,,

“ada 4,, yang atas 3 lelaki,, seorang yang kecil pompuan,,, yang kecik tu la pak cik jaga sunguh-sungguh,, dan pak cik harap dia dapat bantu pak cik bila dah besau.. heemmm, bunyik pengharapan yang sangat tinggi….

bagus la tu,, anak yang pak cik antar hari tu kan??? aku sengaja berbasi-basi,,  tak dak soalan cepu mas dah,,, hahaha,

a’aa, yang haritu la,, dia tu ada masalah pelupa skit,, belajar hari ini,, esok tanya dak lupa,,, tak tahu la pak cik nak ngajar,, camna,,

owh kalau camtu,, suruh dia buat nota kecik,, simpan dalam poket,, kalau time, tunggu pak cik,, boleh baca,, mungkin akan menambahkan ingatan,, biasa la pak cik,, belajar memang camtu,, saya dulu belajar,, camtu gak,, satu apa cikgu ajar pun tak masuk kepala,, rasa-rasa,, cam sia-sia,, ja belajar,,, hehehe,, tapi kena banyak buat revison la,,, baru ingat,,,, tambah-tambah lagi,, pompuan memang short term memory skit,,, pelupa,,, hahaha,,, aku berkongsi tips-tips belajar yang tak seberapa,,, harap-harap dapat membantu,,

emm,, baiklah,,nti pak cik cakap kat dia,, senanya,,  ” anak pak cik yang lelaki semua cam  tak guna ! ada nada marah,, tapi paling banyak nada sedih dan pilu mengenang nasib,,

aku terdiam,,, ” anak pak cik yang sulong,, dah kerja,, gaji dia,, sehari rm 60 ringgit,, tapi semua duit gaji dia,, jangan harap pak cik nak merasa,,, pak cik bukan nak sangat duit dia,, tapi nak faham kan,, kami dah tua,, nak tumpang senang anak-anak tu ja,, kalu dia tak kasi pak cik pun,, kasi la mak dia,, yang besarkan dia,,, tapi tu la budak2 sekarang,, tak mengenag budi!!!.. aku terdiam,,, terdiam,,terdiam,,, tiada perkataan,,, rasa cam drama melayu kat tv pun  ada time dengar dialog camtu,,,

pak cik menyambung cerita,, sebab aku no komen,,, hahaha,,

anak pak cik yang kedua lak,, kembar,, tu pun sama tak guna,, ada ke patut dia simpan pompuan,, sampai beranak dua,, nak oiiii,,         ” pak cik nih sedih hati anak-anak pak cik jadi cam ni,, pak cik bukan tak nasihat,, dah nak terkeluar buih dah mulut nih,,, nak pukul lak,, dah besar-besar,,, dah jadi pak dan mak budak dah,,, nak rasa,, apa yang patut pak cik buat???

hemm,, lama juga aku terdiam,,, aku tak tahu nak komen,, sebab terlalu berat penderitaan, yang ditanggung oleh pak cik nih,,, aku sedih,, dan terharu,, dengar,,,

hemmm,, camni la pak cik,,saya cuma beri pendapat je,, apa yang baik pak cik ambik,,, saya rasa,,, kalau kes anak pak cik yang kembar tu dah tahap zina,, bersekedudukan,,, 

ye la nak,,, pak cik dah cakap,, suruh diaorang kawen,, cara halal,,  a’aa,, suruh diaorang kawin,, aku menambah,, sebenarya aku tak dapat memberi satu penyelesaian yang dapat membagiakan kedua-dua pihak,, anak dan juga ayah,,,

sekarang nih,, kita kena berbalik kepada tuhan,, kembali kepada hukum allah,,,  kalau kes ni zina,,, kalau zina hukumnya,, bukan kawen dengan orang yang kita berzina tu,, kita kena laksanakan dulu hukum allah,, hudud,,, tapi ada  ke kat malaysia nih,,,

tu semua ayat kat kepala aku,,, tak terkeluar kat mulut,, dan juga kat pak cik,,

cuma yang keluar,,

pak cik banyak sabar ya,, doa kat allah,, moga anak pak cik berubah,,

eh,,, rasanya,, dah banyak kali kita pusing nih,, tak jumpa gak tabung haji nih,,, maaf ya nak,, pak cik pun blurrr,, gak,, sebab jalan kat melaka nih banyak yang berubah tiba-tiba…

emm,, tak pe la pak cik ,, kalau tak jumpa gak,, pak cik antar saya gi melaka central la,,, saya nak beli tiket,, eh,, tak pe tak dak rezeki nak gi tabung haji,, mungkin lain kali,,, pak cik,, pusing,, stereng,, menderu menuju,, ke melaka central,,,

ayat last pak cik,,, “kita nih dok kat negara islam,,, bukan kat negara kapir”,,, perbuatan anak pak cik tu,, cam kat negara kapir ja,,, pak cik tak tau nak kata apa,,,

hemmm,,, ye la pak cik,,

aku membayar pak cik,, dan turun teksi,,,,, maaf ya nak, ko nak ke tabung haji,, pak cik tak dapat antar,,, aku tersenyum,,, tiada tanda nak marah,,, cuma,, kagum dengan ketabahan seorang ayah berdepan dengan remaja yang hidup tidak BERTUHAN….

hemm,, ini adalah salah satu kisah realiti kehidupan,, senaya banyak yang tak mampu difikir minda pun berlaku dewasa ini,, mungkin akhir zaman,,, hemmm,, ibubapa melahirkan tuannya,, maksudnya anak-anak menderhaka berleluasa,, kes zina,, merata-rata,, kadang-kadang tu,, aku takut ngan anak- anak muda,, apa la akan jadi generasi masa hadapan,, moga- moga DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH,, anak-anak pak cik ad berubah,, dan kembali hidup bertuhan,,,

 mosquewestern-road-404212-xl

al-fatihah.

it was  very calm and peaceful day, bird singing cheerfully.  cip cip, cip on the air…..

nobody distract my mood today,, smile day, bright day, as the sun.  alhamdulillah ;)

lessons today were delivery smoothly, pupils exited to do PE [physical education], they were jumping enthusiastically here  and there never bother the others, hemm best giler jadi budak,, tak de problem .

suddenly,  kat yati came,,,,aini,, ,,,

izzah dah tak de,, what????

izzah dah meninggal pagi tadi time mak dia usung dia masuk dalam keta nak gi hospital…

masyaALLAH,, the tears rapidly filled up my face lucky not rolling down,, still can control it,, sila jangan nagis kat sini k!…..no word come out from my mouth, it happen too fast,, why izzah mesti meninggal? dia baru 8 tahun? tak adil kan? dia patut ada peluang nikmati alam belajar yang best…. adussss,,,    ( T _T)… i cry a lot that day,,, saya guru kelas dia,, ajar dia,,tetiba dia dah tak de buat selamanya,,,

moga allah rahmati kamu, dan ganjaran kamu adalah SYURGA kekal abadi,,,

this is  a story about one of my pupils in 2 Gemilang. IzzaH suffer from leukaemia since 6 years, she is very strong and tough person that I ever know. really tabah dengan penyakitnya,, tak pernah merungut dalam kelas kata dia sakit,, lepas lesson datang salam cium tangan cikgu,, baek,,, subhanaallah,   mungkin ini adalah ciri-ciri penghuni syurga,,, ikhlas saya cakap,, muka dia sangat tenang dan tak rasa nak marah walaupun agak nakal dalam kelas….

this is my experience feel  being lost  the person i love and care,, it is hard and difficult feeling,,,only ALLAH know,,

truly allah sangat sayangkan kamu

NURIZZAH INSYIERAH BT MOHD NORAZAM :) :) :)

pink_wedding_flower_pictures

PEDOMAN BERSAMA…

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA(DR.FADILAH KAMSAH)

       Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

     Begitulah juga ………  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya…. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu…. 

     Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

     Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…. 

   Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. 

   Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL….

tips perkahwinan,,,

 

By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

hemm,, actually tuk peringatan semua pembaca, dan juga diri.kat skoll kalau termenung,, mesti kena usik,, aini bila nak kawen,, adusss,, lemah sungguh dengar,, then bila jumpa parents yang sebaya umur ngan aku,, dan anak dia dah darjah 2,, masyaallah,, hanya tuhan hati ini… mahu tersenyum,, dan terfikir,,,=) moga allah mudahkan jalan..AMEEN..

Mutiara kata

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.