sahabat,,,
30 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in nota mata, hati telinga, Traveller log
assalamualaikum,,,
hemm entry kali ini adalah mengenai sahabat sejati,, sahabat tawa senang dicari,,sahabat susah senang sukar di cari,, satu dalam sejuta,,, actually entry ni ditulis sebab saya rindukan teman-teman di maktab, almost 6 years ngan korang,, semua perangai masing-masing dalam poket.. tak leh selindung-selindung lagi,,,
hehehe,, banyak kenangan manis bersama yang banyak mengajar erti kehidupan…
okies,, kepada teman yang membaca blog canggih nih,, mesti ingat time kita gi jalan-jalan ke TAMAN NEGARA PENANG,,, hemm bEST giler,, moment nih,,
diam, tandanya????
25 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, Halwa telinga
shut up!!! in my class,, terus guna ayat tu ,,, tapi dalam realiti kehidupan boleh ke kita terus diam,,,, walau hati hanya tuhan yang tahu,,,,,( T _T ),,, EVERYDAY,, EVERY MINUTE and every second,,,,,
moga hati terus sabar seperti RASULLAH,,,
SESUNGGUHNYA,,, hambamu amat lemah,,,,
this song can describe more,,,,,,
ENGKAU CINTA AGUNG,,,
ada apa dengan melaka??
24 Apr 2011 Tinggalkan Komen
Alahamdulillah,, thanks god, the almighty, for his blessing ,,,, i still can breath and still can continue life as your servant,,,=)
in MALACCA,,??? what the best things??? hemmm,,, definitely the place to jalan-jalan,,, here banyak tempat bersejarah,,, maklumla,, negeri pertama kat tanah melayu yang menerima kehadiran penjajah,, sila imbas kembali,,, portugis,, belanda,, pastu ape??? sila isikan tempat kosong ________,__________.
actually my area is near to pantai klebang,, n really close to the historical mosque,, MASJID TENGKERA,, you know what this mosque aged,, almost above 100 years,,, hemm amazing kan??? saya belum berkesempatan solat kat sini,, tapi dah tinjau22 keadaan dalam dia,, rasa macam kat negara china,,,
maybe this mosque is being build when the time of LAKSAMAN CHENG HO wujud kat melaka,,, anda semua kena buka buku sejarah,, pasni,,
okies ni masjidnya,,, CANTIK!!!
next,, the best is about the food,,, hehe,, sedap gak la makanan kat sini,, ada macam22. actually i really admire on how people here prepare the food. they always taking care the hygiene, that means,, food kat sini almostnya bersih dan sedap,,, hehehe. orang melaka pembersih kut…hehehe,, mesti sengih orng melaka baca nih:)
okies lets view the heaven food…
pastu,, night market kat sini,, mix malay and chinese food,, sama cam kat penang,, so kena tengok jurujual dulu bukan laut dulu,, hahah,, kalau tak,, mesti pikir halal tak makanan aku nih,,,hehhehe,,, ok la rasanya kat sini dulu citer,, next time kita sambung jalan melaka lagi k,,,
saya beli belimbing yang sedap,, dan pastinya MURAH,,=D
SEHABIS baek=)
24 Apr 2011 Tinggalkan Komen
October 7th, 2009 by bungadaisy
Assalamualaikum,, wbt.. alhamdulilah,, agak lapang minggu ni,, tak balik mana-mana umah,,truly kalau travel memang meletihkan,,, rasa nak tido semigu,, ja,,dah la kat skool gb tak kasi cuti,, kuang asam tul,, dia ingat kita robot kah,,, ????? big question marks on my mind,, tak pe la,, SIHAT lagi saya…
okies lah,, kali ni saya mengkopi paste je entry yg berhabuk kat blog zaman guna friendster dulu,, hahaha,, maaf lately asyik copy je,, maklumla,, dah keja sebuk ja memanjang,,, nti bila dah bertenang n terkawal minda,, boleh la saya menulis lagi,,
BUAT BAIK DIBALAS BAIK?????
Kita selalu dengar ungkapan camtukan…. Kat mana2 la,, emak pesan,, kawan baik pesan,, then kat sekolah pun cikgu selalu ingatkan kita camtu kan. Tapi realitinya betul ke kalau kita bt baik,, orng akan buat baik gak kat kita.
Kadng2 tu selalu ja fikir ungkapan tu tak betul ja… camna lak, kalau kita dah buat baik,,, then bukan dihargai, dapat ungkapan at least thanks ke,, sedap dah kalau dengar, tapi dapat sebaliknya..dlam hati ni kalau dapat ungkapan sebaliknya tu mahu ja balas balik setimpalnya. TAPI rumate ingatkan siapa lah kita ni nak balas atas apa ynag orng dah lakukan kat kita. Kita ni hanyalah hambaNYA ynag lemah lagi hina.PIKIR22.. memang betul.
Dalam sepanjang 4 tahun kat mtkb ni,,, banyak dah dilalui.. Kesabaran,,, ketabahan,, buat aku stay dalam bidang mencabar ni….. dulu22 tak pernah terfikir pun nak jadi guru,, truly tak dak langsung dalam ambition nak jadi guru…
Tapi ALLAH KNOWS BEST,,dia dah aturkan semuanya,, dia tak kan uji selagi kita tak mampu nak hadapinya.. So kalau kita dah berjaya laluinya percayalah,kita akan jadi lebih kuat dari ynag sebelumya.
Memang la kalau saat diuji tu,, bila time iman tak dak langsung ,, huhhhh memang rasa ALLAH snagat tak adil… so,, hati-hati jaga diri dan jaga iman..NaK CAKP lebih camna nak jaga iman ni,, aku tak pandai snagt,,, tapi kalau kita de masalah…. Kita cuba renung balik,, semuanya datang dari kita.. mungkin diri kurang bersyukur ke,,, asyik nak lebih,, tapi bila ALLAH dah bagi sebijik,, haaaa tak tahu pulak camna nak uruskan… So bersyukur selalu apa yng kita ada sekarang,, mak , ayah,, family,, kawan222,, tempat belajar ynag baik,,, keja insyaaalh dah half government dah pun… walaupun ada ura22 kami akan dipostingkan lewat 2 tahunn,, huahuaahauau .. tak pela,,, bersabar lagi,,, bertambah iman
.
Ok bebalik, kepada topic asalnya,, aku ni memang suka melencong,, huhuhau so kita kena buat baik selalu,, tak kira la kita dibalas baik atau sebaliknya..Tapi kadang22 tu kalau terasa iman separuh mahu gak dibalas apa yang orang dah buat kat kita… AKU la tu , mintak maaf la ya,,,, sian lak kat org asrama,, tak pasal22 kena ayat22 cemerlang. Entahla,,, aku dah try dah belajar banyak sabar,,,, dan kawal emosi skit,,, tapi kadang2 tu agak tak berjaya… TERUSKAN USAHA ANDA AINI:).Camtu la hidup ni kan,, tambah-tambah,, kalau kita ni memang kena banyak deals dengan manusia,, tu la kalau kita ambik engineering ke,, deals dengan machine,alat2,, rasa nyampah ja,,, tak yah buat,, stop dulu,, campak ja. Tapi dengan human being ni,, banyak yang kena pikir,,,perasaan orng lain la,, hati orang la,, anak sapa la,, apa22 lagi la,, semua ni aku realise banyak bila dah gi sekolah…. Banyak belajar,,, terutama tentang kehidupan.
Ok la,, rasa banyak lak bebel,,, kat sini nak nasihatkan diri sendiri,,, supaya,, tingkat usaha untuk mengawal emosi dengan baik,,tingkatkan kesabaran,,,, ni paling penting,,, dan nak mintak maaf jika tersuara kata-kata bernas,,, huhauhauahau
senyumlah,, dikala ujian melanda,, hati tabah dan bersyukur selalu =)
KEMBALI oleh : TASHIRU
04 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, Halwa telinga
in the name of ALLAH, the most merciful
i like this song so, so so,, much,, hehe hopefully all of u like it 2,,,
nie video dia,,,
Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan
Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan
Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Huuuuu…
Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan
Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongannya
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian…
ENJOY IT
NUTRITIOUS food in JAPAN,,
03 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, nota mata, hati telinga
dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI,,
alhamdulillah,, hidup lebih tenang,, setelah mengharungi dua bulan pertama di bumi melaka ni,,, terima kasih ALLAH,,, sebenarnya jika kita selalu di uji,, itu tandanya ALLAH dekat dan SAYANGKAN kita,,=) okielah, kali ini saya nak berkongsi artikel yang menarik yang saya baca dalam satu blog ini http://rphcikgu.blogspot.com/.
Artikel ni berkaitan makanan berkhasiat. saya suka kerana ia banyak menyentuh tentang pemakanan kanak-kanak yang harus dititikberatkan dari usia kanak-kanak. JIKA ada rezeki,, saya nak sambung master dan buat research tentang pemakanan,, jika DIIZINKAN ALLAH LA,, hehe doakan ek..
MAKANAN BERKHASIAT DI JEPUN

SETIAP hari dari Isnin hingga Jumaat, Siripak Hoshi, Yusuke Shinbata, Yujin Poku dan Kento Nimura, yang berada di kelas ketiga tahap empat Sekolah Rendah Nishikasai, Tokyo, Jepun akan menghadap makan tengah hari masing-masing di bilik darjah bersama-sama 16 pelajar lain dan guru kelas dengan makanan yang sama.
Di sini tiada kantin atau kafetaria untuk membeli makanan dan lebih penting murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku ke sekolah.
Ia agak berbeza dengan suasana waktu rehat di sekolah-sekolah Malaysia di mana murid-murid akan menuju ke kantin untuk membeli makanan yang kadangkala tidak berkhasiat manakala yang kurang mampu terpaksa berlapar atau makan bekal yang dibawa. Program makan tengah hari yang diadakan di Sekolah Rendah Nishikasai ini agak baru bagi penulis dan mungkin boleh dicadangkan supaya suatu hari di Malaysia perkara yang sama dapat dilaksanakannya demi membentuk generasi yang sihat lagi berdisiplin. Program makanan Program itu telah termaktub dalam undang-undang di Jepun pada tahun 1954. Program yang dimulakan sejurus tamat Perang Dunia Kedua pada 1946 itu diadakan kerana pada waktu itu Jepun menghadapi kekurangan makanan dan menghadapi krisis kesihatan. Tetapi pada akhir 1960-an dan 1970-an, ketika Jepun mula membangun sebagai kuasa besar ekonomi, program makan tengah hari di sekolah mula memfokuskan kepada aspek pendidikan di meja makan. Kini, Jepun yang menghadapi masalah gaya hidup terutama kegemukan, sindrom metabolik dan keluarga yang tidak makan bersama, maka program makan tengah hari itu diolah bagi menghadapi permasalahan ini. Maka pada 1997, Kementerian Pendidikan, Sains dan Sukan telah mencadangkan program ini dirombak kepada pendidikan nutrisi. Pada Julai 2005, kerajaan telah meluluskan undang-undang baru menerusi Shokuiku atau pendidikan nutrisi dan makanan. Oleh itu, hampir 99.2 peratus sekolah dan 85.8 peratus di sekolah menengah rendah di Jepun melaksanakan program ini. ”Beberapa faktor diambil kira ketika menyediakan makan tengah hari ini. Kami akan pastikan menunya mesti mempunyai kekacang, kentang, daging, ikan dan sayuran supaya murid mendapat nutrien yang diperlukan.
”Program ini juga menetapkan sekurang-kurang murid mendapat 1/3 nutrien sehari daripada makanan tengah hari mereka di sekolah. Untuk kalsium dan vitamin yang agak sukar diperoleh di rumah, kami cuba menyediakannya supaya murid sekurang-kurangnya mendapatkannya separuh di sekolah. Bahan mentah “Mesej utama dalam program ini ialah makanan tempatan adalah sihat dan segar. Ladang yang kecil dan petani tempatan adalah persekitaran yang baik untuk mendapatkan sumber makanan kerana tidak menggunakan racun,” katanya ketika menerangkan kepada peserta Lawatan Bekerja Probiotik ke Jepun anjuran Yakult Honsha Co. Ltd. baru-baru ini. Tambah Yabe, dalam menentukan menu pula, sekolah memastikan murid mendapat tiga hari nasi putih, satu hari roti dan satu hari mi. Sementara itu, pakar pemakanannya, Kiyoe Yoshida memberitahu, dalam menentukan menu supaya murid yang berada di peringkat pembesaran mendapat nutrisi yang seimbang dan mempelajari tabiat makan yang betul, beberapa faktor diambil kira. Antaranya, menggunakan banyak buah-buahan dan sayuran semusim termasuklah komatsuna (bayam mustard Jepun), menggunakan perasa semula jadi, tidak mengambil terlalu banyak garam dan gula serta membanyakkan ikan dan kekacang untuk pengaliran darah. Di samping itu menyediakan makanan yang harus dikuyah bagi membantu perkembangan dagu dan gigi, menghalang kaviti, menghalang daripada terlalu banyak makan dan obesiti. ”Kami juga memasak makanan tempatan dan tradisi Jepun serta makanan luar supaya murid turut merasai makanan daripada budaya lain. ”Kami turut menjalankan pelbagai aktiviti ketika murid-murid ini menghadapi makan tengah hari seperti membawa mereka makan di luar bilik darjah, atau mempelbagai jenis makanan d atau mengikut permintaan murid. Semasa sesi lawatan, menu hari itu ialah nasi dan ikan, buah lai, sayur lobak dan sup sayur dan susu. Makanan itu akan diletakkan di dalam bekas-bekas aluminium dan dilabelkan mengikut kelas. Semua murid dan guru kelas akan makan di kelas masing-masing. Carta makanan Kos untuk program makan tengah hari ini berbeza dari sekolah ke sekolah. ”Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang wang ke sekolah. Kadangkala ada juga masalah apabila ibu bapa tidak membayarnya, jadi kami akan mengambil tindakan dengan memanggil mereka. selamat berilmu
Program makanan ini diiktirafkan sebagai terbaik di dunia khusus diwujudkan untuk murid-murid berumur enam hingga 12 tahun.
Selaras dengan itu, adalah tidak mustahil orang Jepun sering memegang rekod hidup lama yang dianggarkan bagi wanita 87 tahun manakala lelaki (78 tahun).
Panjang umur ini selain bergantung kepada genetik, ia turut mempengaruhi diet dan pemakanan.
Sebab itulah kerajaan Jepun memastikan masyarakatnya sentiasa sihat dengan mempraktikkan pengambilan makanan yang berkhasiat sejak dari kecil lagi.
Pelajar mempelajari bagaimana pentingnya keseimbangan diet dan tatatertib di waktu makan.
Bagi menjayakan program ini, hampir setiap sekolah di 47 wilayah di Jepun akan ditempatkan seorang pakar pemakanan. Sehingga April lalu, seramai 2,648 orang bertanggungjawab melaksanakan promosi Shokuiku di sekolah.
Pengetua Sekolah Rendah Nishikasai, Kimiko Yabe berkata, lima hari seminggu sekolah harus menyediakan makanan tengah hari untuk 680 pelajar dan 48 kakitangan.
”Selain itu, semua bahan mentah yang digunakan dalam masakan diperoleh dari kawasan setempat iaitu dari petani dan nelayan tempatan. Tiada makanan sejuk beku digunakan. Bahkan, murid-murid ini juga turut dibawa melawat ladang dan kawasan perikanan malah berkebun turut dijadikan kokurikulum.
“Paling penting kami pastikan murid mengikut tatatertib di meja makan,” katanya.
Sebelum menghadapi hidangan, semua murid harus mencuci tangan. Manakala beberapa murid yang ditugaskan mengendalikan pengagihan makanan akan memakai pakaian luar, penutup mulut dan topi.
Terdapat carta makanan yang dihidangkan pada hari itu bagi memudahkan murid mengetahui makanan yang dimakan dan kepentingannya dalam diet seharian.
Guru juga mengambil kesempatan mengajar murid mengenai tatatertib di meja makan dan memberitahu murid supaya berkelakuan baik ketika makan.
Pada akhir waktu makan, murid-murid ini akan membantu mengemas kembali bekas-bekas makanan dan mengasingkan lebihan dan membawanya ke dapur.
Menurut guru kelas tiga, tahap empat, Sayaka Ueda, ibu bapa harus membayar sebanyak 2,660 yen (RM106.40) sebulan seorang dan selebihnya disubsidi oleh kerajaan. Pembayaran harus dibuat menerusi pejabat pos atau bank.
”Dalam tiga atau empat kali setahun, sekolah turut menjemput ibu bapa menyaksikan sendiri program ini di samping mendengar ceramah nutrisi supaya ibu-ibu memasak makanan seperti mana di sekolah supaya mengelakkan daripada mengambil makanan segera,” katanya diakhir pertemuan.
ALANGKAH BESTNYA BILA isteri SEORANG CIKGU,,, hemmm
02 Apr 2011 Tinggalkan Komen
sumber :by Ikram Abdullah (facebook note)
saya memetik je,, tuk renungan dan fikir-fikirkan,,ada hikmahnya =)
1. Hidup berjadual ;
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur ( Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.30 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Kelas bermula.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
3.00 petang : Balik rumah ( kalau tiada kelas tambahan, mesyuarat atau aktiviti sekolah )
Ini cuma jadual umum. Yang khususnya mungkin tak sama antara satu sama lain. Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah.
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen ;
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa atau penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan ( tapi janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula ! ) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan.
Pernah dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala social ? Mana ada ! Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu mestilah komited membimbing modal insan ini.
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa ? Kata orang indonesia, JABLAI ( jarang dibelai – jangan marah para isteri sekalian, hehehehe ).Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Kan ?!
3. Tidak boleh menipu ;
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Jadi, bila boleh nak menipunya?
4. Terapi melepaskan tekanan ;
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan. Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan ( stress management workshop). Selalunya ada, buat kat hotel lagi. Cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti sukan, iring pelajar, berkhemah dan sebagainya sudah lama dilakukan guru-guru (yang tidak malas!).,Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Kan elok untuk melepaskan tekanan kerja. Boleh beraktiviti bersama suami sekali kan? Barulah suami tahu tugas isteri dan lebih memahami lantas menyayanginya.
Pukul budak-budak di sekolah ? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan tu. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari ;
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. Hatta makcik kat kampung yang nak jaga anak pun tanya. Puan kerja apa ? Kalau cikgu nak lah saya jaga anak puan. Kan ? Ini cerita betul tau.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus ! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Hang nak yang macam mana?Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh ? Awat tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh ! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi hang.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Awat?
Bakal doktor : Sebab kau nanti cuti sekolah pun selalu bawa budak, aktiviti luar sana sini ( ketawa ).
6. Penampilan ;
Ini sengaja aku tambah sebab sekarang ni orang bercakap pasal rupa dan gaya. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada ratusan, malahan ribuan pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu. Kan ?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Budak-budak yang suka, akan puji – ” Cikgu lawa gila hari ini ! “. Kena pula yang puji tu anak burid sekolah rendah. Depa ni akan cakap terus-terang tanpa selindung. Jujur lagi ikhlas. Nak ke depa kata, “ Awat cikgu hari ni macam kak limah balik rumah ? ”. Almaklumlah, hati masih suci lagi. Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Baju cikgu pula kena berlainan setiap hari. Kerana anak murid akan perasan dan menegurnya. Nak ke depa Tanya, “ Bukankah baju ni cikgu dah pakai minggu lepas ? ”.
Apapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sejujurnya, kerja apa pun tak kisah, asalkan halaalan toyyiba. Bukan saja halal tau. Tetapi bersih, elok dan mempu pula memperelokkan diri serta orang lain.












Komen