bila hidup tak bertuhan..
24 Mei 2011 Tinggalkan Komen
awan berarak ceria,,,,senyum, di langit,,tiada tanda titis gerimis,,, namun,, tap, tap,, mengalir keringat di dahi turun membasahi pipi nan senja,,, hemm agak-agak aku pak cik ni sebaya mak aku,,, teringat kat mak,,,, ( ^ _^)
nak,,,,pak cik membahaskan diri aku dengan bahasa yang sangat baik ,,, ” kalau nak gi mana-mana,, naik je teksi, tahan je kat depan umah tu,, tak yah call pak cik”,, bukan apa, pak cik jauh,, bukan area sini,, jadi pak cik cas lebih ehh,,, “nak naik je teksi tu kalau nampak muka sembahyang,, je tahan le”,,, ada nada bergurau,, “hemm ye la pak cik,, tapi saya dah biasa ngan pak cik,, takut la nek teksi lain,,, takut dia bawak saya lari ,, naya,,, hahahaa,, aku bergurau,,,, pak cik pun nampak baris-baris putih tersenyum,,
petang tu,, aku cal pak cik ad sebab nak ke tabung haji,, kalau naik bas,, tak tahu nak turun kat mana,, bukan familiar pun area melaka nih,, main belasah ja,, kalau nak gi mana-mana,, tawakal je la,, insyaallah tak sesat,,,
pak cik ad, menyambung perbualan,,
banyak gak yang kami bualkan,, macam-macam, pak cik ad tak lokek berkongsi pengalaman kerjanya,, yang ditipu bulat-bulat penumpang yang naik teksinya,, dan tak bayar,, mengalah dengan ragam penumpang, dan lain-lain lagi,, ” pak cik nih,, sabau je le,, ada ka patut dia janji nak bayar 3oo suh pak cik antor gi mersing,, aleh-aleh,, habuk pun tarak,,, pak cik siap nyanyi,, pasang lagu, dalam keta,, siul sana sini,, lagi time kena tipu tu,,, ,,,,
hehehe,, tersenyum aku dengar citer pak cik nih,, sebenarnya,, sian sugguh aku tengok pak cik ak,,, gigih bekerja,,, ada nada kecewa yang menebal tapi,,, “nak cam tu la hidup,, kita bukan sentiasa di atas mungkin hari ini,, hari dia,, kemudian hari, hari pak cik pula…kita siapa nak membalas perbuatan buruk orang kat kita,, tak gitu nak, ???
hemm,, betul pak cik,, kena banyak sabar,, kalau deals ngan manusia. aku senaya,, tak tahu nak komen lebih sebab bukan banyak pengalaman cam pak cik nih,, banyak tersenyum dan berusaha menjadi pendengar yang terbaik,,
“pak cik ada berapa orang anak?” aku bertukar perbualan,, supaya nampak ceria,, sebab menurut pengamatan aku,, orang tua-tua mesti gembira bila bercerita mengenai anak-anak.. mungkin dapat mengubah nada sebak pak cik,,,,
“ada 4,, yang atas 3 lelaki,, seorang yang kecil pompuan,,, yang kecik tu la pak cik jaga sunguh-sungguh,, dan pak cik harap dia dapat bantu pak cik bila dah besau.. heemmm, bunyik pengharapan yang sangat tinggi….
bagus la tu,, anak yang pak cik antar hari tu kan??? aku sengaja berbasi-basi,, tak dak soalan cepu mas dah,,, hahaha,
a’aa, yang haritu la,, dia tu ada masalah pelupa skit,, belajar hari ini,, esok tanya dak lupa,,, tak tahu la pak cik nak ngajar,, camna,,
owh kalau camtu,, suruh dia buat nota kecik,, simpan dalam poket,, kalau time, tunggu pak cik,, boleh baca,, mungkin akan menambahkan ingatan,, biasa la pak cik,, belajar memang camtu,, saya dulu belajar,, camtu gak,, satu apa cikgu ajar pun tak masuk kepala,, rasa-rasa,, cam sia-sia,, ja belajar,,, hehehe,, tapi kena banyak buat revison la,,, baru ingat,,,, tambah-tambah lagi,, pompuan memang short term memory skit,,, pelupa,,, hahaha,,, aku berkongsi tips-tips belajar yang tak seberapa,,, harap-harap dapat membantu,,
emm,, baiklah,,nti pak cik cakap kat dia,, senanya,, ” anak pak cik yang lelaki semua cam tak guna ! ada nada marah,, tapi paling banyak nada sedih dan pilu mengenang nasib,,
aku terdiam,,, ” anak pak cik yang sulong,, dah kerja,, gaji dia,, sehari rm 60 ringgit,, tapi semua duit gaji dia,, jangan harap pak cik nak merasa,,, pak cik bukan nak sangat duit dia,, tapi nak faham kan,, kami dah tua,, nak tumpang senang anak-anak tu ja,, kalu dia tak kasi pak cik pun,, kasi la mak dia,, yang besarkan dia,,, tapi tu la budak2 sekarang,, tak mengenag budi!!!.. aku terdiam,,, terdiam,,terdiam,,, tiada perkataan,,, rasa cam drama melayu kat tv pun ada time dengar dialog camtu,,,
pak cik menyambung cerita,, sebab aku no komen,,, hahaha,,
anak pak cik yang kedua lak,, kembar,, tu pun sama tak guna,, ada ke patut dia simpan pompuan,, sampai beranak dua,, nak oiiii,, ” pak cik nih sedih hati anak-anak pak cik jadi cam ni,, pak cik bukan tak nasihat,, dah nak terkeluar buih dah mulut nih,,, nak pukul lak,, dah besar-besar,,, dah jadi pak dan mak budak dah,,, nak rasa,, apa yang patut pak cik buat???
hemm,, lama juga aku terdiam,,, aku tak tahu nak komen,, sebab terlalu berat penderitaan, yang ditanggung oleh pak cik nih,,, aku sedih,, dan terharu,, dengar,,,
hemmm,, camni la pak cik,,saya cuma beri pendapat je,, apa yang baik pak cik ambik,,, saya rasa,,, kalau kes anak pak cik yang kembar tu dah tahap zina,, bersekedudukan,,,
ye la nak,,, pak cik dah cakap,, suruh diaorang kawen,, cara halal,, a’aa,, suruh diaorang kawin,, aku menambah,, sebenarya aku tak dapat memberi satu penyelesaian yang dapat membagiakan kedua-dua pihak,, anak dan juga ayah,,,
sekarang nih,, kita kena berbalik kepada tuhan,, kembali kepada hukum allah,,, kalau kes ni zina,,, kalau zina hukumnya,, bukan kawen dengan orang yang kita berzina tu,, kita kena laksanakan dulu hukum allah,, hudud,,, tapi ada ke kat malaysia nih,,,
tu semua ayat kat kepala aku,,, tak terkeluar kat mulut,, dan juga kat pak cik,,
cuma yang keluar,,
pak cik banyak sabar ya,, doa kat allah,, moga anak pak cik berubah,,
eh,,, rasanya,, dah banyak kali kita pusing nih,, tak jumpa gak tabung haji nih,,, maaf ya nak,, pak cik pun blurrr,, gak,, sebab jalan kat melaka nih banyak yang berubah tiba-tiba…
emm,, tak pe la pak cik ,, kalau tak jumpa gak,, pak cik antar saya gi melaka central la,,, saya nak beli tiket,, eh,, tak pe tak dak rezeki nak gi tabung haji,, mungkin lain kali,,, pak cik,, pusing,, stereng,, menderu menuju,, ke melaka central,,,
ayat last pak cik,,, “kita nih dok kat negara islam,,, bukan kat negara kapir”,,, perbuatan anak pak cik tu,, cam kat negara kapir ja,,, pak cik tak tau nak kata apa,,,
hemmm,,, ye la pak cik,,
aku membayar pak cik,, dan turun teksi,,,,, maaf ya nak, ko nak ke tabung haji,, pak cik tak dapat antar,,, aku tersenyum,,, tiada tanda nak marah,,, cuma,, kagum dengan ketabahan seorang ayah berdepan dengan remaja yang hidup tidak BERTUHAN….
hemm,, ini adalah salah satu kisah realiti kehidupan,, senaya banyak yang tak mampu difikir minda pun berlaku dewasa ini,, mungkin akhir zaman,,, hemmm,, ibubapa melahirkan tuannya,, maksudnya anak-anak menderhaka berleluasa,, kes zina,, merata-rata,, kadang-kadang tu,, aku takut ngan anak- anak muda,, apa la akan jadi generasi masa hadapan,, moga- moga DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH,, anak-anak pak cik ad berubah,, dan kembali hidup bertuhan,,,
al-fatihah.
14 Mei 2011 Tinggalkan Komen
it was very calm and peaceful day, bird singing cheerfully. cip cip, cip on the air…..
nobody distract my mood today,, smile day, bright day, as the sun. alhamdulillah
lessons today were delivery smoothly, pupils exited to do PE [physical education], they were jumping enthusiastically here and there never bother the others, hemm best giler jadi budak,, tak de problem .
suddenly, kat yati came,,,,aini,, ,,,
izzah dah tak de,, what????
izzah dah meninggal pagi tadi time mak dia usung dia masuk dalam keta nak gi hospital…
masyaALLAH,, the tears rapidly filled up my face lucky not rolling down,, still can control it,, sila jangan nagis kat sini k!…..no word come out from my mouth, it happen too fast,, why izzah mesti meninggal? dia baru 8 tahun? tak adil kan? dia patut ada peluang nikmati alam belajar yang best…. adussss,,, ( T _T)… i cry a lot that day,,, saya guru kelas dia,, ajar dia,,tetiba dia dah tak de buat selamanya,,,
moga allah rahmati kamu, dan ganjaran kamu adalah SYURGA kekal abadi,,,
this is a story about one of my pupils in 2 Gemilang. IzzaH suffer from leukaemia since 6 years, she is very strong and tough person that I ever know. really tabah dengan penyakitnya,, tak pernah merungut dalam kelas kata dia sakit,, lepas lesson datang salam cium tangan cikgu,, baek,,, subhanaallah, mungkin ini adalah ciri-ciri penghuni syurga,,, ikhlas saya cakap,, muka dia sangat tenang dan tak rasa nak marah walaupun agak nakal dalam kelas….
this is my experience feel being lost the person i love and care,, it is hard and difficult feeling,,,only ALLAH know,,
truly allah sangat sayangkan kamu
NURIZZAH INSYIERAH BT MOHD NORAZAM
PEDOMAN BERSAMA…
06 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, nota mata, hati telinga
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA(DR.FADILAH KAMSAH)
Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya…. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL….
tips perkahwinan,,,
01 Mei 2011 Tinggalkan Komen
By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
1. KETIKA MENCARI CALON 2. KETIKA MELAMAR 3. KETIKA AKAD NIKAH 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 5. KETIKA MALAM PERTAMA 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
hemm,, actually tuk peringatan semua pembaca, dan juga diri.kat skoll kalau termenung,, mesti kena usik,, aini bila nak kawen,, adusss,, lemah sungguh dengar,, then bila jumpa parents yang sebaya umur ngan aku,, dan anak dia dah darjah 2,, masyaallah,, hanya tuhan hati ini… mahu tersenyum,, dan terfikir,,,=) moga allah mudahkan jalan..AMEEN..
sahabat,,,
30 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in nota mata, hati telinga, Traveller log
assalamualaikum,,,
hemm entry kali ini adalah mengenai sahabat sejati,, sahabat tawa senang dicari,,sahabat susah senang sukar di cari,, satu dalam sejuta,,, actually entry ni ditulis sebab saya rindukan teman-teman di maktab, almost 6 years ngan korang,, semua perangai masing-masing dalam poket.. tak leh selindung-selindung lagi,,,
hehehe,, banyak kenangan manis bersama yang banyak mengajar erti kehidupan…
okies,, kepada teman yang membaca blog canggih nih,, mesti ingat time kita gi jalan-jalan ke TAMAN NEGARA PENANG,,, hemm bEST giler,, moment nih,,
diam, tandanya????
25 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, Halwa telinga
shut up!!! in my class,, terus guna ayat tu ,,, tapi dalam realiti kehidupan boleh ke kita terus diam,,,, walau hati hanya tuhan yang tahu,,,,,( T _T ),,, EVERYDAY,, EVERY MINUTE and every second,,,,,
moga hati terus sabar seperti RASULLAH,,,
SESUNGGUHNYA,,, hambamu amat lemah,,,,
this song can describe more,,,,,,
ENGKAU CINTA AGUNG,,,
ada apa dengan melaka??
24 Apr 2011 Tinggalkan Komen
Alahamdulillah,, thanks god, the almighty, for his blessing ,,,, i still can breath and still can continue life as your servant,,,=)
in MALACCA,,??? what the best things??? hemmm,,, definitely the place to jalan-jalan,,, here banyak tempat bersejarah,,, maklumla,, negeri pertama kat tanah melayu yang menerima kehadiran penjajah,, sila imbas kembali,,, portugis,, belanda,, pastu ape??? sila isikan tempat kosong ________,__________.
actually my area is near to pantai klebang,, n really close to the historical mosque,, MASJID TENGKERA,, you know what this mosque aged,, almost above 100 years,,, hemm amazing kan??? saya belum berkesempatan solat kat sini,, tapi dah tinjau22 keadaan dalam dia,, rasa macam kat negara china,,,
maybe this mosque is being build when the time of LAKSAMAN CHENG HO wujud kat melaka,,, anda semua kena buka buku sejarah,, pasni,,
okies ni masjidnya,,, CANTIK!!!
next,, the best is about the food,,, hehe,, sedap gak la makanan kat sini,, ada macam22. actually i really admire on how people here prepare the food. they always taking care the hygiene, that means,, food kat sini almostnya bersih dan sedap,,, hehehe. orang melaka pembersih kut…hehehe,, mesti sengih orng melaka baca nih:)
okies lets view the heaven food…
pastu,, night market kat sini,, mix malay and chinese food,, sama cam kat penang,, so kena tengok jurujual dulu bukan laut dulu,, hahah,, kalau tak,, mesti pikir halal tak makanan aku nih,,,hehhehe,,, ok la rasanya kat sini dulu citer,, next time kita sambung jalan melaka lagi k,,,
saya beli belimbing yang sedap,, dan pastinya MURAH,,=D
SEHABIS baek=)
24 Apr 2011 Tinggalkan Komen
October 7th, 2009 by bungadaisy
Assalamualaikum,, wbt.. alhamdulilah,, agak lapang minggu ni,, tak balik mana-mana umah,,truly kalau travel memang meletihkan,,, rasa nak tido semigu,, ja,,dah la kat skool gb tak kasi cuti,, kuang asam tul,, dia ingat kita robot kah,,, ????? big question marks on my mind,, tak pe la,, SIHAT lagi saya…
okies lah,, kali ni saya mengkopi paste je entry yg berhabuk kat blog zaman guna friendster dulu,, hahaha,, maaf lately asyik copy je,, maklumla,, dah keja sebuk ja memanjang,,, nti bila dah bertenang n terkawal minda,, boleh la saya menulis lagi,,
BUAT BAIK DIBALAS BAIK?????
Kita selalu dengar ungkapan camtukan…. Kat mana2 la,, emak pesan,, kawan baik pesan,, then kat sekolah pun cikgu selalu ingatkan kita camtu kan. Tapi realitinya betul ke kalau kita bt baik,, orng akan buat baik gak kat kita.
Kadng2 tu selalu ja fikir ungkapan tu tak betul ja… camna lak, kalau kita dah buat baik,,, then bukan dihargai, dapat ungkapan at least thanks ke,, sedap dah kalau dengar, tapi dapat sebaliknya..dlam hati ni kalau dapat ungkapan sebaliknya tu mahu ja balas balik setimpalnya. TAPI rumate ingatkan siapa lah kita ni nak balas atas apa ynag orng dah lakukan kat kita. Kita ni hanyalah hambaNYA ynag lemah lagi hina.PIKIR22.. memang betul.
Dalam sepanjang 4 tahun kat mtkb ni,,, banyak dah dilalui.. Kesabaran,,, ketabahan,, buat aku stay dalam bidang mencabar ni….. dulu22 tak pernah terfikir pun nak jadi guru,, truly tak dak langsung dalam ambition nak jadi guru…
Tapi ALLAH KNOWS BEST,,dia dah aturkan semuanya,, dia tak kan uji selagi kita tak mampu nak hadapinya.. So kalau kita dah berjaya laluinya percayalah,kita akan jadi lebih kuat dari ynag sebelumya.
Memang la kalau saat diuji tu,, bila time iman tak dak langsung ,, huhhhh memang rasa ALLAH snagat tak adil… so,, hati-hati jaga diri dan jaga iman..NaK CAKP lebih camna nak jaga iman ni,, aku tak pandai snagt,,, tapi kalau kita de masalah…. Kita cuba renung balik,, semuanya datang dari kita.. mungkin diri kurang bersyukur ke,,, asyik nak lebih,, tapi bila ALLAH dah bagi sebijik,, haaaa tak tahu pulak camna nak uruskan… So bersyukur selalu apa yng kita ada sekarang,, mak , ayah,, family,, kawan222,, tempat belajar ynag baik,,, keja insyaaalh dah half government dah pun… walaupun ada ura22 kami akan dipostingkan lewat 2 tahunn,, huahuaahauau .. tak pela,,, bersabar lagi,,, bertambah iman
.
Ok bebalik, kepada topic asalnya,, aku ni memang suka melencong,, huhuhau so kita kena buat baik selalu,, tak kira la kita dibalas baik atau sebaliknya..Tapi kadang22 tu kalau terasa iman separuh mahu gak dibalas apa yang orang dah buat kat kita… AKU la tu , mintak maaf la ya,,,, sian lak kat org asrama,, tak pasal22 kena ayat22 cemerlang. Entahla,,, aku dah try dah belajar banyak sabar,,,, dan kawal emosi skit,,, tapi kadang2 tu agak tak berjaya… TERUSKAN USAHA ANDA AINI:).Camtu la hidup ni kan,, tambah-tambah,, kalau kita ni memang kena banyak deals dengan manusia,, tu la kalau kita ambik engineering ke,, deals dengan machine,alat2,, rasa nyampah ja,,, tak yah buat,, stop dulu,, campak ja. Tapi dengan human being ni,, banyak yang kena pikir,,,perasaan orng lain la,, hati orang la,, anak sapa la,, apa22 lagi la,, semua ni aku realise banyak bila dah gi sekolah…. Banyak belajar,,, terutama tentang kehidupan.
Ok la,, rasa banyak lak bebel,,, kat sini nak nasihatkan diri sendiri,,, supaya,, tingkat usaha untuk mengawal emosi dengan baik,,tingkatkan kesabaran,,,, ni paling penting,,, dan nak mintak maaf jika tersuara kata-kata bernas,,, huhauhauahau
senyumlah,, dikala ujian melanda,, hati tabah dan bersyukur selalu =)
KEMBALI oleh : TASHIRU
04 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, Halwa telinga
in the name of ALLAH, the most merciful
i like this song so, so so,, much,, hehe hopefully all of u like it 2,,,
nie video dia,,,
Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan
Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan
Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Huuuuu…
Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan
Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongannya
Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian…
ENJOY IT
NUTRITIOUS food in JAPAN,,
03 Apr 2011 Tinggalkan Komen
in Bingkisan hati, nota mata, hati telinga
dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI,,
alhamdulillah,, hidup lebih tenang,, setelah mengharungi dua bulan pertama di bumi melaka ni,,, terima kasih ALLAH,,, sebenarnya jika kita selalu di uji,, itu tandanya ALLAH dekat dan SAYANGKAN kita,,=) okielah, kali ini saya nak berkongsi artikel yang menarik yang saya baca dalam satu blog ini http://rphcikgu.blogspot.com/.
Artikel ni berkaitan makanan berkhasiat. saya suka kerana ia banyak menyentuh tentang pemakanan kanak-kanak yang harus dititikberatkan dari usia kanak-kanak. JIKA ada rezeki,, saya nak sambung master dan buat research tentang pemakanan,, jika DIIZINKAN ALLAH LA,, hehe doakan ek..
MAKANAN BERKHASIAT DI JEPUN

SETIAP hari dari Isnin hingga Jumaat, Siripak Hoshi, Yusuke Shinbata, Yujin Poku dan Kento Nimura, yang berada di kelas ketiga tahap empat Sekolah Rendah Nishikasai, Tokyo, Jepun akan menghadap makan tengah hari masing-masing di bilik darjah bersama-sama 16 pelajar lain dan guru kelas dengan makanan yang sama.
Di sini tiada kantin atau kafetaria untuk membeli makanan dan lebih penting murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku ke sekolah.
Ia agak berbeza dengan suasana waktu rehat di sekolah-sekolah Malaysia di mana murid-murid akan menuju ke kantin untuk membeli makanan yang kadangkala tidak berkhasiat manakala yang kurang mampu terpaksa berlapar atau makan bekal yang dibawa. Program makan tengah hari yang diadakan di Sekolah Rendah Nishikasai ini agak baru bagi penulis dan mungkin boleh dicadangkan supaya suatu hari di Malaysia perkara yang sama dapat dilaksanakannya demi membentuk generasi yang sihat lagi berdisiplin. Program makanan Program itu telah termaktub dalam undang-undang di Jepun pada tahun 1954. Program yang dimulakan sejurus tamat Perang Dunia Kedua pada 1946 itu diadakan kerana pada waktu itu Jepun menghadapi kekurangan makanan dan menghadapi krisis kesihatan. Tetapi pada akhir 1960-an dan 1970-an, ketika Jepun mula membangun sebagai kuasa besar ekonomi, program makan tengah hari di sekolah mula memfokuskan kepada aspek pendidikan di meja makan. Kini, Jepun yang menghadapi masalah gaya hidup terutama kegemukan, sindrom metabolik dan keluarga yang tidak makan bersama, maka program makan tengah hari itu diolah bagi menghadapi permasalahan ini. Maka pada 1997, Kementerian Pendidikan, Sains dan Sukan telah mencadangkan program ini dirombak kepada pendidikan nutrisi. Pada Julai 2005, kerajaan telah meluluskan undang-undang baru menerusi Shokuiku atau pendidikan nutrisi dan makanan. Oleh itu, hampir 99.2 peratus sekolah dan 85.8 peratus di sekolah menengah rendah di Jepun melaksanakan program ini. ”Beberapa faktor diambil kira ketika menyediakan makan tengah hari ini. Kami akan pastikan menunya mesti mempunyai kekacang, kentang, daging, ikan dan sayuran supaya murid mendapat nutrien yang diperlukan.
”Program ini juga menetapkan sekurang-kurang murid mendapat 1/3 nutrien sehari daripada makanan tengah hari mereka di sekolah. Untuk kalsium dan vitamin yang agak sukar diperoleh di rumah, kami cuba menyediakannya supaya murid sekurang-kurangnya mendapatkannya separuh di sekolah. Bahan mentah “Mesej utama dalam program ini ialah makanan tempatan adalah sihat dan segar. Ladang yang kecil dan petani tempatan adalah persekitaran yang baik untuk mendapatkan sumber makanan kerana tidak menggunakan racun,” katanya ketika menerangkan kepada peserta Lawatan Bekerja Probiotik ke Jepun anjuran Yakult Honsha Co. Ltd. baru-baru ini. Tambah Yabe, dalam menentukan menu pula, sekolah memastikan murid mendapat tiga hari nasi putih, satu hari roti dan satu hari mi. Sementara itu, pakar pemakanannya, Kiyoe Yoshida memberitahu, dalam menentukan menu supaya murid yang berada di peringkat pembesaran mendapat nutrisi yang seimbang dan mempelajari tabiat makan yang betul, beberapa faktor diambil kira. Antaranya, menggunakan banyak buah-buahan dan sayuran semusim termasuklah komatsuna (bayam mustard Jepun), menggunakan perasa semula jadi, tidak mengambil terlalu banyak garam dan gula serta membanyakkan ikan dan kekacang untuk pengaliran darah. Di samping itu menyediakan makanan yang harus dikuyah bagi membantu perkembangan dagu dan gigi, menghalang kaviti, menghalang daripada terlalu banyak makan dan obesiti. ”Kami juga memasak makanan tempatan dan tradisi Jepun serta makanan luar supaya murid turut merasai makanan daripada budaya lain. ”Kami turut menjalankan pelbagai aktiviti ketika murid-murid ini menghadapi makan tengah hari seperti membawa mereka makan di luar bilik darjah, atau mempelbagai jenis makanan d atau mengikut permintaan murid. Semasa sesi lawatan, menu hari itu ialah nasi dan ikan, buah lai, sayur lobak dan sup sayur dan susu. Makanan itu akan diletakkan di dalam bekas-bekas aluminium dan dilabelkan mengikut kelas. Semua murid dan guru kelas akan makan di kelas masing-masing. Carta makanan Kos untuk program makan tengah hari ini berbeza dari sekolah ke sekolah. ”Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang wang ke sekolah. Kadangkala ada juga masalah apabila ibu bapa tidak membayarnya, jadi kami akan mengambil tindakan dengan memanggil mereka. selamat berilmu
Program makanan ini diiktirafkan sebagai terbaik di dunia khusus diwujudkan untuk murid-murid berumur enam hingga 12 tahun.
Selaras dengan itu, adalah tidak mustahil orang Jepun sering memegang rekod hidup lama yang dianggarkan bagi wanita 87 tahun manakala lelaki (78 tahun).
Panjang umur ini selain bergantung kepada genetik, ia turut mempengaruhi diet dan pemakanan.
Sebab itulah kerajaan Jepun memastikan masyarakatnya sentiasa sihat dengan mempraktikkan pengambilan makanan yang berkhasiat sejak dari kecil lagi.
Pelajar mempelajari bagaimana pentingnya keseimbangan diet dan tatatertib di waktu makan.
Bagi menjayakan program ini, hampir setiap sekolah di 47 wilayah di Jepun akan ditempatkan seorang pakar pemakanan. Sehingga April lalu, seramai 2,648 orang bertanggungjawab melaksanakan promosi Shokuiku di sekolah.
Pengetua Sekolah Rendah Nishikasai, Kimiko Yabe berkata, lima hari seminggu sekolah harus menyediakan makanan tengah hari untuk 680 pelajar dan 48 kakitangan.
”Selain itu, semua bahan mentah yang digunakan dalam masakan diperoleh dari kawasan setempat iaitu dari petani dan nelayan tempatan. Tiada makanan sejuk beku digunakan. Bahkan, murid-murid ini juga turut dibawa melawat ladang dan kawasan perikanan malah berkebun turut dijadikan kokurikulum.
“Paling penting kami pastikan murid mengikut tatatertib di meja makan,” katanya.
Sebelum menghadapi hidangan, semua murid harus mencuci tangan. Manakala beberapa murid yang ditugaskan mengendalikan pengagihan makanan akan memakai pakaian luar, penutup mulut dan topi.
Terdapat carta makanan yang dihidangkan pada hari itu bagi memudahkan murid mengetahui makanan yang dimakan dan kepentingannya dalam diet seharian.
Guru juga mengambil kesempatan mengajar murid mengenai tatatertib di meja makan dan memberitahu murid supaya berkelakuan baik ketika makan.
Pada akhir waktu makan, murid-murid ini akan membantu mengemas kembali bekas-bekas makanan dan mengasingkan lebihan dan membawanya ke dapur.
Menurut guru kelas tiga, tahap empat, Sayaka Ueda, ibu bapa harus membayar sebanyak 2,660 yen (RM106.40) sebulan seorang dan selebihnya disubsidi oleh kerajaan. Pembayaran harus dibuat menerusi pejabat pos atau bank.
”Dalam tiga atau empat kali setahun, sekolah turut menjemput ibu bapa menyaksikan sendiri program ini di samping mendengar ceramah nutrisi supaya ibu-ibu memasak makanan seperti mana di sekolah supaya mengelakkan daripada mengambil makanan segera,” katanya diakhir pertemuan.













Komen